Saturday, March 14, 2015

Cream Puff Gebu

Salam semua

Dah lama saya buat blog ni.. tapi tak pernah aktif walau sekali pun.. Memandangkan saya pon dah jadi suri rumah sepenuh masa, harap-haraplah blog ini sentiasa aktif dengan aktiviti harian saya..

Buat kli pertamanya saya nak share pasal makanan. Walaupun saya sebenanrnya tak minat sangat memasak tapi sebab dah jadi suri rumah, kena la masak kan. Nanti bising plak cik abang kita. hehehe..

Hmm.. tak nak cakap banyak-banyak.. Jom tengok resepi minum petang tadi. Resepi ni saya cari kat beberapa blog dan ubah suai mengikut bahan-bahan yang ada.


Cream Puff Gebu


Resepi Cream Puff Pastry:

100ml air
50mg mentega
80gm tepung gandum
secubit garam
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


Cara-caranya:

  1. Masukkan air, mentega dan garam kedalam periuk. Masak kesemuanya dengan api yang kecil sehinga mentega larut
  2. Masukkan tepung gandum dan kacau
  3. Setelah adunan tepung sebati, sejukkan
  4. Masukkan adunan tepung kedalam mixer, campurkan telur dan esen vanilla. Pukul hingga kembang
  5. Lenserkan loyang dengan majerin supaya tidak melekat setelah dibakar
  6. Pipingkan adunan mengunakan nozel bentuk bintang (kalau tak ada nozel, gunting je hujung plastik tu)
  7. Bakar didalam oven selama 15 minit pada suhu 200c. Guna api atas bawah yer.


Resepi Cream Custard:

200ml susu cair/susu segar
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
1 sudu tepung kastard  (bancuh dengan sedikit air)
4 sudu besar gula ( boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji telur (dipukul manja)
1 sudu kecil esen vanilla



Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak dengan api yang kecil
  2. Kacau adunan sentiasa menggunakan senduk kayu sehingga adunan kelihatan berkrim
  3. Sejukkan dan masukkan kedalam piping bag

Untuk memasukkan cream custard, anda hanya perlu gunting sedikit sahaja pada pastry sebab pastry cream puff ni berlubang di tengah. Dah siap bleh dihidang! Selamat mencuba!


Saya juga menerima tempahan cream puff untuk pelbagai majlis. Minimum order 20 pcs dengan harga 
RM 10 = 20 pcs. 







Friday, July 29, 2011

Sarung Bekas Alat Tulis Dan Hiasan Gagang Telefon


Hmm.. Dah lama x membuat kerja2 seni.. maklumlah sibuk dengan pertunangan... baru je selesai 7/7/2011 hari 2.... semuanya saya wat sendiri hantaran buat sendiri kosnye x sampai RM 100 pon... tp x sempat lg nak upload gambar hantaran... hari ni nak upload gambar hasil kerja terbaru... boleh ditempah mengikut warna yang diingini...





Sarung Bekas Alat Tulis = RM 7.00
Hiasan Gagang Telefon = RM 5.00

*Hiasan Gagang telefon sesuai untuk semua saiz... Bahagian belakang boleh laras seperti tali kasut.


Monday, February 14, 2011

Aksesori Rambut


Produk terbaru... Aksesori Rambut.. Sila Klik di sini untuk Pilihan Warna & Harga



Nampak comel dan cantik kan?.. Apa lagi order la sekarang, kalau beli sedozen ade diskaun. 

Pengedar diperlukan dengan tawaran harga terendah!

Tuesday, February 8, 2011

Produk Pertama Sudah Sedia Untuk Ditempah.

Inilah antara produk crochet dari saya. Sebarang tempahan secara pukal hendaklah dibuat 2-3 bulan lebih awal untuk proses mengait.



Bekas Bunga Telur

1 pcs = RM 0.70/pcs
300 pcs = RM 0.60/pcs = RM 180
500 pcs ke atas = RM 0.50/pcs = RM250





Goodies Bag

1 pcs = RM6.00/pcs
100 pcs = RM 5.00/pcs

Monday, February 7, 2011

Nantikan kemunculan produk kraftangan dari kami

sekarang ni dalam proses menyediakan produk seni kraftangan untuk jualan... so just wait n see...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...